Dinamika politik pilihan raya di kawasan DUN Paroi, Rembau, Negeri Sembilan

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 telah menyaksikan buat pertama kalinya parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan yang merupakan kubu kuat bagi parti politik tersebut. Kemenangan yang diperoleh PH ini menunjukkan berlakunya dinamik...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Sarah Syazwani Mizul, Junaidi Awang Besar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24460/1/WEE%207.pdf
Description
Summary:Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 telah menyaksikan buat pertama kalinya parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan yang merupakan kubu kuat bagi parti politik tersebut. Kemenangan yang diperoleh PH ini menunjukkan berlakunya dinamika politik yang menarik dan bervariasi yang bersandarkan kepada pengaruh isu, sentimen semasa, kepimpinan, danstrategi kempen. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis kepelbagaian factor yang menyumbang kepada dinamika politik di kawasan DUN Paroi, Rembau, Negeri Sembilan yangdilihat sering berlakunya pola perubahan sokongan di kawasan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data digunakan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0. Hasil kajian mendapati bahawa 96 peratus responden menganggap perubahan politik mencerminkan keperluan atau aspirasi rakyat. Seterusnya, 85 peratus responden menganggap Kerajaan Perpaduan sekarang betul-betul berkhidmat untuk rakyat dan bukannya masih berpolitik untuk mengekalkan kuasa semata-mata dan 85 peratus responden menerima pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seterusnya, 90 peratus responden menyatakan fahaman politik kepartian memberi kesan kepada pilihan politik di Kawasan kajian. Hasil kajian juga mendapati bahawa kesemua 50 peratus responden merasakan pemilihan parti politik memberi kesan kepada pembentukan kerajaan. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya dan diharap menjadi rujukan kepada parti politik dan pihak kerajaan supaya dapat meneliti isu dan permasalahan yang berlaku agar lebih peka dalam memenuhi keperluan masyarakat sebaik mungkin.