Konsep tasawuf menurut Martin Lings

Golongan orientalis Barat seringkali menggambarkan tasawuf Islam dengan gambaran yang salah. Antaranya mereka menyatakan bahawa sumber ilmu tasawuf diambil daripada agama lain selain Islam dan tasawuf mengandungi unsur-unsur kesatuan manusia dengan Tuhan. Perkara ini merupakan cabaran yang besar kep...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nik Noraini Mohamad Daud, Nozira Salleh
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24562/1/JIWAS_12.pdf
Description
Summary:Golongan orientalis Barat seringkali menggambarkan tasawuf Islam dengan gambaran yang salah. Antaranya mereka menyatakan bahawa sumber ilmu tasawuf diambil daripada agama lain selain Islam dan tasawuf mengandungi unsur-unsur kesatuan manusia dengan Tuhan. Perkara ini merupakan cabaran yang besar kepada aliran arus perdana umat Islam pada masa kini iaitu Ahli Sunah Waljamaah. Hal ini kerana dakwaan sedemikian masih diteruskan oleh mereka dan seharusnya ia perlu ditangani dengan sewajarnya. Namun begitu, tidak semua orientalis Barat membahas tasawuf dalam skop yang salah, masih ada segelintir daripada mereka membincangkannya dalam situasi yang benar sebagaimana yang dilakukan oleh Martin Lings. Justeru, kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mengkaji Martin Lings dengan melengkapkan biografinya, pendidikan, karyanya dalam bidang tasawuf dan juga mengkaji pemikirannya mengenai tasawuf. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif iaitu menganalisis buku-buku dan artikel berkaitan dengan tajuk. Hasil kajian mendapati bahawa Martin Lings merupakan tokoh hebat dalam tasawuf dan seharusnya, beliau dan pemikirannya perlu diketengahkan kepada masyarakat Islam agar ia dapat dimanfaatkan dengan baik.