Inventori fonem varian Melanau Bintulu di Sarawak

Makalah ini membincangkan salah satu varian Melanau (VM) yang terdapat di Sarawak iaitu varian Melanau Bintulu (VMBT). Objektif kajian dalam makalah ini ialah menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang VMBT terutamanya dalam...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Norfazila Ab. Hamid
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24577/1/JM%201.pdf
Description
Summary:Makalah ini membincangkan salah satu varian Melanau (VM) yang terdapat di Sarawak iaitu varian Melanau Bintulu (VMBT). Objektif kajian dalam makalah ini ialah menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang VMBT terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem. Justeru, kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi VMBT dengan memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong, konsonan dan melihat keberadaan alternasi dalam VM BT ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa VMBT mempunyai 6 fonem vokal iaitu /i, u, e, o, , a/ dan memiliki enam diftong iaitu /-aw, -aj, -ej, -w, -uy, dan oj/. Sehubungan itu, hasil kajian turut memperlihat adanya vokal rangkap dalam varian ini yang terdiri daripada urutan dua vokal sahaja. Seterusnya, VM BT mempunyai 24 fonem konsonan; tujuh buah konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, /, dua konsonan implosif /, /, dua konsonan letusan / , d/, lima konsonan geseran /v, s, z, , h/, empat konsonan nasal /m, n, , / satu konsonan getaran /r/, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/. Seterusnya, berkaitan dengan rangkap konsonan (gugus konsonan) VM BT memperlihatkan wujudnya rangkap konsonan nasalisasi plosif yang terjadi pada kata monosilabel, homorganik nasal yang berlaku pada kata dwisilabel dan bukan homorganik yang hadir pada posisi tengah kata. Penemuan ini menekankan kepentingan untuk memelihara variasi fonetik ini bagi mengekalkan kepelbagaian linguistik dan warisan budaya komuniti Melanau di Bintulu, Sarawak.