Summary: | ini adalah untuk menentukan komposisi protein, lemak dan abu serta mengenal pasti kandungan logam berat dalam tisu kerang yang diambil dari tapak-tapak ternakan di Kuala Juru (Pulau Pinang), Kuala Sepetang (Perak) dan Kuala Selangor (Selangor) untuk meneliti aras keselamatan logam berat dan kandungan zat nutrien dalam isi kerang. Kandungan protein, lemak dan abu dalam tisu kerang masing-masing adalah pada julat 70.0-75.6, 8.9-10.6 dan 9.8-17.5% berat kering. Untuk jumlah tenaga ialah 371.0, 384.2 dan 377.9 kcal/100 g berat kering kerang masing-masing untuk sampel dari Kuala Juru, Kuala Sepetang dan Kuala Selangor. Aras logam perlu dalam tisu kerang ialah Cu = 2.4-16.3, Fe = 421.0-1350.0, Mn = 10.0-38.1 dan Zn = 72.2-201.7 μg/g berat kering manakala kepekatan logam toksik adalah Cd = 1.3-12.2, Cr = 4.3-9.8, Ni = 8.3-20.8 dan Pb = 4.1-20.8 μg/g berat kering. Sebagai kesimpulan, didapati bahawa pengambilan harian sebanyak 1.50 g Pb (berat kering) kerang dari Kuala Sepetang dan juga melebihi 5.78 g Cd (berat kering) untuk kerang dari Kuala Selangor boleh meningkatkan risiko kesihatan.
|