Impak duti eksais minuman bergula terhadap gelagat pengguna dan kesihatan awam di Malaysia

Duti eksais terhadap minuman bergula (cukai SSB) dikenakan untuk mengurangkan penggunaan gula berlebihan di kalangan masyarakat. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pelaksanaan duti eksais terhadap minuman bergula dari pandangan pengguna. Justeru, kajian ini mengaplikasikan kaed...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Azizah Khalid, Norain Mod Asri
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24664/1/%5B403-418%5D%2074896-267902-1-PB.pdf
Description
Summary:Duti eksais terhadap minuman bergula (cukai SSB) dikenakan untuk mengurangkan penggunaan gula berlebihan di kalangan masyarakat. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pelaksanaan duti eksais terhadap minuman bergula dari pandangan pengguna. Justeru, kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif iaitu temubual terhadap informan dalam kalangan belia yang tinggal di Lembah Klang. Rakaman perbualan tersebut akan dibuat transkripsi. Seterusnya, data transkripsi perbualan akan diimport ke dalam perisian NVIVO bagi tujuan proses pengekodan dan analisis. Memandangkan kajian ini menggunakan teknik temubual, maka kesan pelaksanaan cukai gula terhadap kebajikan golongan belia yang merupakan golongan produktif dapat diperhalusi. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pengguna sedar tentang kelebihan pelaksanaan cukai ini. Malah, cukai ini dilihat mampu menyedarkan pengguna untuk mengambil gula pada kadar yang optimum. Cukai ini turut menyebabkan peningkatan harga produk terbabit. Lantas kebanyakan pengguna mengurangkan pembelian minuman daripada kebiasaan. Pengeluar juga dilihat mengubah formula kandungan produk mereka dengan mengurangkan gula supaya produk tersebut tidak dikenakan cukai ke atas minuman bergula. Rentetan itu, cukai gula ini perlu sentiasa dikaji terutama dari segi asas cukai dan kadar cukai ke arah pembentukan kesihatan awam yang lebih baik tanpa menjejaskan kebajikan pengguna. Malah, ia dapat membantu mengurangkan perbelanjaan kesihatan dan menambah berkualiti buruh dalam pasaran.