“Majalah Mingguan, Pandangan dan Fikiran”: perkembangan Majalah Sinaran, 1950-1951

Peranan Singapura sebagai pusat perdagangan telah menjadikan lokasi tersebut sebagai tumpuan wartawan, penulis, sasterawan, dan bintang filem untuk mencipta karya. Ini telah memberi sumbangan tidak langsung kepada pertumbuhan industri percetakan, akhbar, industri media, dan hiburan. Keadaan ini juga...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Nur Arif Abdul Manaf, Mohd Firdaus Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24711/1/%5B476-485%5D%2081328-267968-1-PB.pdf
Description
Summary:Peranan Singapura sebagai pusat perdagangan telah menjadikan lokasi tersebut sebagai tumpuan wartawan, penulis, sasterawan, dan bintang filem untuk mencipta karya. Ini telah memberi sumbangan tidak langsung kepada pertumbuhan industri percetakan, akhbar, industri media, dan hiburan. Keadaan ini juga mendorong timbulnya akhbar dan majalah berbahasa Melayu seperti Majalah Sinaran, yang memainkan peranan penting dalam pembangunan intelektual, sosial, dan politik masyarakat Melayu, sama ada sebelum atau selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Majalah Sinaran, yang diterbitkan bermula pada tahun 1950, berfokus kuat pada isu-isu keagamaan dan memegang peranan penting dalam membincangkan isu-isu berkaitan Islam di Tanah Melayu dan di luar negara. Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana perkembangan dan peranan Majalah Sinaran sebagai majalah bertemakan Islam di Tanah Melayu dari tahun 1950 hingga tahun 1951. Kajian ini menggunakan sepenuhnya pendekatan kualitatif yang melibatkan proses heuristik, kritikan, analisis, dan histriografi. Hasil kajian menunjukkan bahawa Majalah Sinaran memainkan peranan penting dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan Islam yang berlaku di Tanah Melayu. Situasi ini juga boleh dilihat melalui keterlibatan majalah ini dalam tragedi Natrah, yang menyebabkan pihak British merasa terancam dengan penerbitan majalah ini melalui tulisan pengarangnya, Karim Ghani. Tambah implikasi kajian Kajian ini menonjolkan sumbangan signifikan Majalah Sinaran dalam membentuk wacana isu-isu berkaitan Islam di Tanah Melayu. Pendekatan editorialnya yang berani bukan sahaja menyediakan platform untuk perbincangan intelektual, tetapi juga mencerminkan aspirasi sosio-politik yang lebih luas dalam kalangan masyarakat Melayu. Selain itu, kajian ini menunjukkan bagaimana media cetak boleh menjadi ejen perubahan, yang mempengaruhi perkembangan intelektual dan budaya yang bertumpukan di Tanah Melayu.