Analisis tinjauan sistematik kesan iklim dan altitud tinggi terhadap variasi DNA nuklear dan mitokondria manusia

Mutasi membolehkan manusia beradaptasi dengan perubahan persekitaran melalui proses pemilihan semula jadi, seterusnya menghasilkan variasi genetik. Perubahan iklim adalah salah satu penyumbang penting dalam adaptasi dan evolusi manusia. Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai secara tinjauan sistem...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shahrul Hisham Zainal Ariffin, Lim, Koon Seang, Intan Zarina Zainol Abidin, Rohaya Megat Abdul Wahab, Ramzah Dambul
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24801/1/SMS%208.pdf
Description
Summary:Mutasi membolehkan manusia beradaptasi dengan perubahan persekitaran melalui proses pemilihan semula jadi, seterusnya menghasilkan variasi genetik. Perubahan iklim adalah salah satu penyumbang penting dalam adaptasi dan evolusi manusia. Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai secara tinjauan sistematik penemuan terkini mengenai kesan pelbagai faktor iklim ke atas variasi genetik manusia. Analisis tinjauan sistematik dijalankan mengikut garis panduan PRISMA dengan pencarian melibatkan kesemua artikel yang diterbitkan antara tahun 2014 hingga 2024 dari lima pangkalan data elektronik utama iaitu PubMed, Web of Science, Medline, Scopus dan ScienceDirect. Hasil tinjuan mendapati 15 artikel telah memenuhi kesemua kriteria dan dimasukkan dalam kajian ini. Hasil tinjauan juga menunjukkan faktor persekitaran seperti iklim sejuk (suhu -71.2 °C hingga 8.5 °C), iklim tropika, iklim sederhana dan altitud yang tinggi (>2500 m dari aras laut) telah membentuk variasi genetik dalam populasi manusia. Termoregulasi merupakan mekanisme penyesuaian utama dalam kajian melibatkan kesan iklim dan altitud tinggi terhadap genetik manusia. Terdapat 10 gen nuklear iaitu UCP1, UCP2, UCP3, DIO2, FTO, PPARG, PPARGCIA, CIDEA, LEPR dan PRDM16 dikaitkan dengan termoregulasi, manakala 5 gen mitokondria seperti MT-ND1, MT-ND2, MT-CYB, MT-ATP6, dan MT-ND5 terlibat dalam kajian penyesuaian iklim sejuk dan altitud tinggi. Gen UCP1 sering dilaporkan beradaptasi dengan iklim sejuk melalui termoregulasi, sementara 5 gen mitokondria (MT-ND1, MT-ND2, MT-CYB, MT-ATP6 dan MT-ND5) pula beradaptasi dengan kedua-dua iklim sejuk dan altitud tinggi. Gen ini berpotensi untuk diaplikasikan dalam memahami mekanisme penyesuaian genetik manusia terhadap iklim.