Penghasilan lipid kaya asid dokosaheksaenoik (DHA) oleh Aurantiochytrium sp. SW1 menggunakan sisa kulit nanas sebagai punca karbon alternatif

Thraustokaitrid seperti Aurantiochytrium sp. telah menarik perhatian penyelidik dan industri disebabkan kebolehannya untuk menghasilkan asid lemak politaktepu (PUFA) bernilai tinggi terutamanya asid dokosaheksaenoik (DHA, C22:6 ω-3). Namun begitu, keperluan penggunaan substrat yang mahal khususnya p...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Aiman Danial Mohd Zaini, Asvitra Prevena Palaniandy, Muhammad Ziyad Ismail, Nurul Aqilah Mohd Zaini, Nurfatimah Mohd Thani, Mohamad Yusof Maskat, Aidil Abdul Hamid, Mohamed Yusuf Mohamed Nazir
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24807/1/SMS%2014.pdf
Description
Summary:Thraustokaitrid seperti Aurantiochytrium sp. telah menarik perhatian penyelidik dan industri disebabkan kebolehannya untuk menghasilkan asid lemak politaktepu (PUFA) bernilai tinggi terutamanya asid dokosaheksaenoik (DHA, C22:6 ω-3). Namun begitu, keperluan penggunaan substrat yang mahal khususnya punca karbon tulen semasa proses pengkulturan telah menyumbang kepada peningkatan kos pengkomersialan DHA daripada thraustokaitrid. Oleh itu, dalam kajian ini, potensi penggunaan sisa kulit nanas (SKN) yang merupakan antara sisa utama industri pertanian di Malaysia sebagai sumber karbon alternatif yang lebih murah untuk penghasilan DHA daripada Aurantiochytrium sp. SW1 telah dikaji. Memandangkan SKN mengandungi lignin, selulosa dan hemiselulosa yang agak kompleks, kaedah perawatan autoklaf, berasid dan beralkali pada kepekatan berbeza telah ditentukan bagi mendapatkan gula jumlah yang optimum daripada SKN. Hasil menunjukkan perawatan autoklaf secara signifikan (p<0.05) menghasilkan hidrolisat dengan kepekatan gula tertinggi (39.6 ± 1.98 g/L) berbanding dengan perawatan berasid dan alkali yang masing-masing dapat mengekstrak dalam julat 31-38 g/L gula jumlah. Kemudian, kebolehan Aurantiochytrium sp. SW1 untuk menggunakan kesemua hidrolisat SKN sebagai sumber karbon alternatif dibandingkan. Didapati, penggunaan hidrolisat SKN dengan rawatan 100 mM H2SO4 bersama nutrien tambahan secara signifikan (p<0.05) menghasilkan biojisim tertinggi (7.74 g/L ± 0.39) manakala kandungan lipid terbaik (60.7% ± 3.04) terhasil apabila SW1 dikulturkan menggunakan hidrolisat SKN dengan rawatan autoklaf tanpa penambahan nutrien. Penghasilan DHA yang maksimum (0.68 ± 0.034 g/L) dicapai apabila Aurantiochytrium sp. SW1 dikultur menggunakan hidrolisat SKN dengan rawatan 100 mM H2SO4 bersama nutrien tambahan yang mana 10-35% lebih tinggi jika dibandingkan dengan penghasilan menggunakan hidrolisat SKN yang lain. Kajian ini dapat menjadi asas ke arah penghasilan DHA yang lebih murah daripada thraustokaitrid dengan menggunakan SKN sebagai sumber karbon alternatif.