Kesahan dan kebolehpercayaan Modul Psikopendidikan Terapi Seni Ekspresif (MPsiKO-TSE)

Kajian ini menilai kesahan dan kebolehpercayaan Modul Psikopendidikan Terapi Seni Ekspresif (MPsiKO-TSE) yang merangkumi enam sesi perjumpaan. Data dikumpul melalui tiga soal selidik untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan modul. Soal selidik pertama menilai kesahan kandungan modul secara kese...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Nurulhida Abdul Rahman, Mohd Izwan Mahmud, Ku Suhaila Ku Johari, Nurul Fathihah Nor Azhar, Ansarul Haq Tahrir Adli
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24820/1/%5B9-20%5D.pdf
Description
Summary:Kajian ini menilai kesahan dan kebolehpercayaan Modul Psikopendidikan Terapi Seni Ekspresif (MPsiKO-TSE) yang merangkumi enam sesi perjumpaan. Data dikumpul melalui tiga soal selidik untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan modul. Soal selidik pertama menilai kesahan kandungan modul secara keseluruhan,soal selidik kedua menilai kesahan sesi dan aktiviti, dan yang ketiga mengukur kebolehpercayaan modul. Sepuluh pakar dengan kepakaran dalam pembinaan modul, kaunseling, terapi seni, terapi Realiti dan psikologi telah terlibat untuk menilai kesahan modul. Selain itu, 40 pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di IPG telah dipilih daripada pelbagai kelas yang berumur 18-24 yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan sampel dalam kajian sebenar untuk menilai kebolehpercayaan modul. Data kajian rintis dianalisis menggunakan Alpha Cronbach, manakala data semakan pakar dinilai menggunakan markah peratusan. Keputusan daripada penilaian pakar menunjukkan bahawa Modul Psikopendidikan Terapi Seni Ekspresif mempunyai kesahan kandungan keseluruhan yang kukuh, mencapai kadar 92 peratus, yang melebihi dari 70 peratus. Kesahan sesi dan aktiviti juga tinggi, dengan kadar 90 peratus, melepasi tanda aras 70 peratus. Tambahan pula, analisis Alpha Cronbach menunjukkan bahawa modul ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi, dengan nilai .991, jauh melebihi aras .70. Kesimpulannya, dapatan menunjukkan bahawa Modul Psikopendidikan Terapi Seni Ekspresif adalah sangat sah dan boleh dipercayai. Justeru, ia disifatkan sesuai dilaksanakan oleh kaunselor di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk meningkatkan Kesihatan mental, Resilien dan Sikap mendapatkan kaunseling dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru.