Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia

Makalah ini membicarakan dua bidang utama dalam disiplin linguistik, iaitu psikolinguistik dan pendidikan bahasa. Kita akan melihat bagaimana teori dan dapatan kajian dalam bidang psikolinguistik dapat diterapkan dalam bidang pendidikan bahasa, khususnya pendidikan bahasa Melayu di Malaysia.Penerapa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Zulkifli Hamid
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2653/1/zul011.pdf
Description
Summary:Makalah ini membicarakan dua bidang utama dalam disiplin linguistik, iaitu psikolinguistik dan pendidikan bahasa. Kita akan melihat bagaimana teori dan dapatan kajian dalam bidang psikolinguistik dapat diterapkan dalam bidang pendidikan bahasa, khususnya pendidikan bahasa Melayu di Malaysia.Penerapan teori dan dapatan kajian dalam bidang psikolinguistik ini melibatkan kedua-dua tahap dalam proses pendidikan bahasa, tahap perancangan dan pelaksanaan sesuatu program pendidikan bahasa.Beberapa aspek akan difokuskan dalam perbincangan, antara lain perbezaan antara pemerolehan bahasa pertama dan pembelajaran bahasa kedua, keperluan menyeimbangkan pengetahuan nahu dan pengetahuan kecekapan berbahasa, penerapan prinsip pengajaran pengkayaan bahasa dan pengajaran pembentukan biasaan berbahasa. Kita akan turut membincangkan kesan ketakseimbangan dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa Melayu terhadap bentuk pengetahuan bahasa Melayu para pelajar, dan seterusnya pengaruh bentuk pengetahuan bahasa ini terhadap Negara, khususnya terhadap pemasyarakatan konsep satu Malaysia, iaitu Malaysia sebagai sebuah Negara yang bersatu padu, harmoni dan rakyatnya saling hormat menghormati.