Tradisi intelektual Melayu-Islam: daripada metafora kepada saintifikisme

Makalah ini berusaha menonjolkan proses dinamika tradisi intelektual Melayu-Islam dalam menangani persoalan kehidupan. Sumber analisis adalah terdiri daripada pepatah petitih dan pengamatan terhadap realiti kehidupan Melayu-Islam zaman silam dan kontemporari. Dibahaskan bahawa tradisi intelektual Me...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Othman Md. Yatim, Zainal Abidin Borhan, Rahimin Affandi Abd. Rahim, Nor Hayati Bt Md Dahlal, Norhidayah Mohd Pauzi
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2919/1/6.pdf
Description
Summary:Makalah ini berusaha menonjolkan proses dinamika tradisi intelektual Melayu-Islam dalam menangani persoalan kehidupan. Sumber analisis adalah terdiri daripada pepatah petitih dan pengamatan terhadap realiti kehidupan Melayu-Islam zaman silam dan kontemporari. Dibahaskan bahawa tradisi intelektual Melayu-Islam mengalami dinamika yang berbeza sama sekali daripada tradisi intelektual Barat. Sementara tradisi intelektual Barat berkembang dalam paradigme Sekularisme, tradisi intelektual Melayu-Islam pula bertitiktolak daripada pengamatan mendalam terhadap alam yang kemudiannya disaring oleh penghayatan berteraskan wahyu (al-Qur’an dan al-Hadis). Hasil saringan itu diungkapkan dalam bentuk metafora yang disebut pepatah petitih itu. Berlandaskan paradigme inilah berlakunya saintifi kisme dalam peradaban Melayu-Islam.Ini membawa natijah yang berbeza daripada dua Barat. Sementara dinamisme intelektual Barat membawa kerosakan, dinamisme intelektual Melayu-Islam pula membawa kebaikan, baik kepada manusia mahupun alam.