“Saya suka tapi tak bangga” – satu kajian sikap bahasa

Kajian ini menyelidik tentang sikap bahasa komuniti atas talian yang berbangsa Cina diKuching, Sarawak. Variasi-variasi yang dikaji ialah bahasa Mandarin Standard, bahasa Mandarin basahan, dialek Hokkien, dan dialek Kantonis. Instrumen pengumpulan data terdiri daripada ujian matched-guise (kaedah t...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Lam, Kai Chee, Kamila Ghazali
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3275/1/pp_275_293.pdf
Description
Summary:Kajian ini menyelidik tentang sikap bahasa komuniti atas talian yang berbangsa Cina diKuching, Sarawak. Variasi-variasi yang dikaji ialah bahasa Mandarin Standard, bahasa Mandarin basahan, dialek Hokkien, dan dialek Kantonis. Instrumen pengumpulan data terdiri daripada ujian matched-guise (kaedah tidak langsung) dan soal selidik (kaedah langsung). Sejumlah 403 responden mengambil bahagian dalam survei kajian ini.Dapatan berdasarkan ujian matched-guise dengan sokongan daripada maklum balas responden dalam soal selidik mencadangkan faktor-faktor sosial iaitu kumpulan umur dan taraf sosioekonomi mempunyai pengaruh ke atas penilaian variasi-variasi. Secara keseluruhannya, bahasa Mandarin Standard dan dialek Kantonis dinilai ‘tinggi’ dan ‘positif’ secara konsisten dari kedua-dua dimensi status dan kekitaan, sementara dialek Hokkien dan bahasa Mandarin basahan pula dilaporkan sebagai lebih menyerlah dari dimensi kekitaan berbanding status.