Kesan parameter pemprosesan dan bahan tambah terhadap pengendapan elektroforetik filem LSCF6428 (Effects of processing parameters and additives on electrophoretic deposited LSCF6428 Films)

Kaedah pengendapan elektroforetik (EPD) semakin mendapat perhatian dalam pembentukan komponen sel fuel oksida pepejal (SOFC). Kaedah EPD menggunakan pelarut organik atau pelarut bukan akueus banyak diaplikasikan terutamanya untuk penghasilan komponen elektrolit SOFC. Dalam kajian ini, filem LSCF6428...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamimah Abd. Rahman, Andanastuti Muchtar, Syaharizan Haron, Norhamidi Muhamad, Huda Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3297/1/13%2520Hamimah.pdf
Description
Summary:Kaedah pengendapan elektroforetik (EPD) semakin mendapat perhatian dalam pembentukan komponen sel fuel oksida pepejal (SOFC). Kaedah EPD menggunakan pelarut organik atau pelarut bukan akueus banyak diaplikasikan terutamanya untuk penghasilan komponen elektrolit SOFC. Dalam kajian ini, filem LSCF6428 telah dihasilkan melalui kaedah EPD yang menggunakan air ternyahion sebagai pelarut akueus. Sebagai permulaan, serbuk LSCF6428 sebanyak 1% berat (1 wt%) diampaikan di dalam air ternyahion. Seterusnya, ampaian dengan nilai pH3 digunakan untuk proses EPD. Peningkatan nilai voltan kenaan (3-7 V) dan tempoh pengendapan (3-10 min) didapati telah menyumbang kepada penambahan amaun filem LSCF6428 yang diendapkan. Penggunaan kanji sebagai bahan tambah didapati berjaya membantu meningkatkan kualiti filem endapan dengan merujuk kepada berat endapan yang lebih tinggi dan endapan yang sekata. Pemilihan voltan kenaan dan proses pengeringan yang sesuai perlu diambil berat bagi mengelakkan keretakan filem endapan. Hasil kajian menunjukkan bahawa morfologi dan berat filem LSCF6428 yang diendapkan sangat bergantung kepada voltan kenaan, masa pengendapan dan penggunaan bahan tambah bagi proses EPD.