Pendekatan Ta'amul-taklif dalam kajian sastera

Kajian menyentuh pendekatan Islami yang sesuai dalam kajian sastera dalam usaha memberi gambaran tepat tentang tasauwur Islami. Pendekatan yang dimaksudkan ialah ta'amul-taklif, satu kombinasi antara dua pertimbangan dalam kajian sastera. Pendekatan ini penting dalam menjaga tasauwur Islami sem...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Zulkarnain Mohamed
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3313/1/Pendekatan_Ta_amul.pdf
Description
Summary:Kajian menyentuh pendekatan Islami yang sesuai dalam kajian sastera dalam usaha memberi gambaran tepat tentang tasauwur Islami. Pendekatan yang dimaksudkan ialah ta'amul-taklif, satu kombinasi antara dua pertimbangan dalam kajian sastera. Pendekatan ini penting dalam menjaga tasauwur Islami semasa memanfaatkan sumber dan membina ilmu atau disiplin secara khusus sesuai dengan tuntutan Islam dalam membina budaya ilmu. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepentingan pendekatan tersebut dalam menjaga tasauwur Islami kerana kedua-dua komponen tacamul dan taklif menggambarkan kesedaran dan kewajipan penulis Muslim. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis dan pentafsiran semula terhadap konsepsi dan tanggapan, norma-norma ilmu pengetahuan dan kepatuhan agama. Kajian ini menggunakan kerangka teori tauhid yang diasaskan pada wahyu, iaitu al-Qur’an. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan tersebut berupaya memurnikan tasauwur Islami dan membezakan antara karya Islami dan bukan Islami.