Dakwah kepada Non-Muslim: sorotan pendekatan Rasul Ulu al-Azmi

Al-Qur 'an memaparkan episod dakwah para rasul Allah sebagai model dakwah yang ideal (mithali). Model pendakwah ideal ini menjadi lebih sinonim dengan Rasul-rasul yang digelar ulul azmi, iaitu Nabi Muhammad S.A.W Nabi Nuh as,NabiIbrahim a.s. Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s. Teladan dakw...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Ghafar Haji Don, Nurul Nazuha Hazizan, Razaleigh Muhamat@Kawangit
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Description
Summary:Al-Qur 'an memaparkan episod dakwah para rasul Allah sebagai model dakwah yang ideal (mithali). Model pendakwah ideal ini menjadi lebih sinonim dengan Rasul-rasul yang digelar ulul azmi, iaitu Nabi Muhammad S.A.W Nabi Nuh as,NabiIbrahim a.s. Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s. Teladan dakwah yang ditunjukkan oleh rasul-rasul ulul azmi tersebutadalah penting sebagai faktor motivasi atau inspirasi kepada generasi pewaris dakwah dalam inisiatif meratakan mesej Islam sejagat. Artikel ini cuba menyorot dan menganalisis pelbagai pendekatan rasul ulul azmi dalam dakwah mereka. Metode yang digunakan dalam penulisan artikel ini ialah penelitian terhadap ayat-ayat al- Qur'an terpilih berkaitan subjek kajian. Sorotan dan analisis ini mendapati kesabaran dan kepelbagaian pendekatan dakwah yang digunakan oleh para rasul ulul azmi penting dan perlu dilaksanakan pendakwah masakini meskipun zaman dan konteks sudah berubah.