Summary: | Pelbagai pendekatan dakwah perlu dipraktikkan dalam usaha
mengembalikan umat Islam mengamalkan ajaran Islam sebenar
dalam kehidupan. Salah satu golongan sasaran dakwah yang
tidak sepatutnya dilupakan ialah golongan pemerintah yang
mempunyai kuasa untuk mentadbir negara mengikut . acuan
mereka. Golongan ini tidak seharusnya diabaikan teiutama dalam
memperingatkan mereka supaya menjalankan tugas dengan
penuh amanah, dedikasi dan bertanggungjawab selari dengan
prinsip syariat. Ini kerana kesejahteraan masyarakat dan negara
adalah banyak bergantung kepada pemimpinnya. Justeru itu,
kertas kerja ini akan mengupas pendekatan dakwah al-Ghazali
kepada golongan pemerintah di zamannya di mana al-Ghazali
memberi nasihat secara langsung kepada pemerintah menerusi
penulisan buku dan surat dengan menekankan aspek dakwah
secara al-hihah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan
membincangkan beberapa pengajaran yang dapat diambil
daripada pendekatan dakwah al-Ghazali tersebut. Akhimya,
kajian ini diharapkan dapat memberikan idea dalam melahirkan
strategi yang berkesan untuk berdakwah kepada golongan
pemerintah dan dalam masa yang sama pemerintah juga dapat
menerima kritikan daripada masyarakat dengan hati terbuka
untuk tujuan memantapkan lagi pemerintahan dan
memperkemaskan hubungan baik antara orang yang dipimpin
dengan orang yang memimpin negara.
|