Algoritma pembenaman perlakuan individu semut (Agen) ke dalam sistem koloni semut

PSemut adalah suatu hidupan yang terkenal dengan sifat kerjasama antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan dan membawa balik makanan tersebut kesarangnya. Kebolehan secara berkoloni terutamanya bagi menghasilkan laluan terbaik untuk mendapatkan makanan telah menjadi sumber inspirasi kepada pem...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zulaiha Ali Othman, Mohd Helmi Raisaisais, Roslan Ahmad, Abdul Razak Hamdan
Format: Article
Published: Penerbit UKM 2009
Description
Summary:PSemut adalah suatu hidupan yang terkenal dengan sifat kerjasama antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan dan membawa balik makanan tersebut kesarangnya. Kebolehan secara berkoloni terutamanya bagi menghasilkan laluan terbaik untuk mendapatkan makanan telah menjadi sumber inspirasi kepada pembangunan algoritma yang dikenali sebagai Sistem Koloni Semut (SKS). Prinsip kooperasi antara semut adalah tulang belakang kepada pembangunan algoritma ini untuk menghasilkan laluan terdekat dalam Permasalahan Perjalanan Jurujual (PPJ). Phoremone adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh semut sebagai perantara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Perlakuan individu semut (Agen) berupaya memanipulasi paras phoremone dan seterusnya membantu SKS menghasilkan penyelesaian terbaik. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memperkenalkan satu algoritma Sistem Koloni Semut Dinamik Pengemaskinian Tiga Paras (SKSD3) yang dibina hasil pembenaman perlakuan individu semut dalam SKS yang ada. Model perlakuan individu semut dicerap daripada hasil beberapa ujikaji terhadap perlakuan seekor semut dalam sistem koloni semut merah Malaysia. Keupayaan SKSD3 diukur dengan membandingkannya dengan beberapa algoritma Koloni Semut set data PPJ julat di antara 14 hingga 100 bandar. Hasil ujikaji menunjukkan bahawa pembenaman perlakuan individual semut dalam SKS telah memperbaiki algorithms tersebut.