Beberapa hasil penyiasatan geofizik di kawasan Bachok, Kelantan

Keseluruhan kawasan Bachok merupakan endapan aluvium. Endapan ini mempunyai tiga akuifer pada kedalaman 0 - 5 meter, 15 - 30 meter dan 40 - 60 meter. Kajian geofizik pada tahap awal yang merangkumi aspek seismos biasan, seismos pantulan dan kerintangan geoelektrik telah dilakukan untuk menyiasat ket...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Rahim Samsudin, Umar Hamzah, Abd. Ghani Rafek, Haryono
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 1996
Description
Summary:Keseluruhan kawasan Bachok merupakan endapan aluvium. Endapan ini mempunyai tiga akuifer pada kedalaman 0 - 5 meter, 15 - 30 meter dan 40 - 60 meter. Kajian geofizik pada tahap awal yang merangkumi aspek seismos biasan, seismos pantulan dan kerintangan geoelektrik telah dilakukan untuk menyiasat ketebalan dan kedalaman akuifer, kedalaman batu dasar dan kemasinan air tanah. Hasil kajian menunjukkan bahawa teknik seismos biasan telah dapat menghasilkan maklumat mengenai kedudukan akuifer pertama. manakala teknik seismos pantulan menghasilkan maklumat terperinci mengenai akuifer kedua dan ketiga serta batu dasar. Nilai kerintangan geoelektrik rendah bagi akuifer pertama menunjukkan sama ada disebabkan oleh intrusi air masin atau kehadiran lempung samudera.