Kajian mata air panas di Semenanjung Malaysia

Kajian menyeluruh ke atas mata air panas di Semenanjung Malaysia telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat geologi, suhu, kadar aliran dan kualiti air panas serta potensi untuk dibangunkan bagi industri pelancongan. Kajian geologi menunjukkan kebanyakan mata air panas ini terletak di dalam atau ber...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Rahim Samsudin, Umar Hamzah, Rakmi Abdul Rahman
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 1996
Description
Summary:Kajian menyeluruh ke atas mata air panas di Semenanjung Malaysia telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat geologi, suhu, kadar aliran dan kualiti air panas serta potensi untuk dibangunkan bagi industri pelancongan. Kajian geologi menunjukkan kebanyakan mata air panas ini terletak di dalam atau berhampiran kawasan batuan granit dan berasosiasi dengan zon sesar. Air panas ini mempunyai julat suhu daripada 27°C hingga 103°C dan kadar aliran daripada 0.1 hingga 27.0 L/S. Analisis kimia menunjukkan kesemua air panas ini mengandungi kandungan garam dan logam terlarut yang rendah.