Elektrod Ag/AgCl sebagai transduser potentiometrik untuk sensor/biosensor jenis keadaan-pepejal

Kajian rekabentuk sensor ion jenis keadaan-pepejal telah dilakukan. Elektrod yang digunakan adalah berdasarkan kepada Ag/AgCl. Rekabentuk dua jenis elektrod keadaan pepejal telah dipilih, iaitu berdasarkan elektrod Ag/AgCl jenis rod dan jenis elektrod Ag/AgCl bercetak skrin (screen printed electrode...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Khor , Sook Mei, Lee , Yook Heng, Musa Ahmad
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2004
Description
Summary:Kajian rekabentuk sensor ion jenis keadaan-pepejal telah dilakukan. Elektrod yang digunakan adalah berdasarkan kepada Ag/AgCl. Rekabentuk dua jenis elektrod keadaan pepejal telah dipilih, iaitu berdasarkan elektrod Ag/AgCl jenis rod dan jenis elektrod Ag/AgCl bercetak skrin (screen printed electrode, SPE). Penilaian termasuk kajian responsnya terhadap anion, khasnya ion klorida. Di samping itu, respons elektrod keadaan-pepejal ini terhadap beberapa kation juga dilakukan setelah elektrod rod dan SPE disalutkan dengan beberapa jenis fotopolimer serta pemegunan garam lipofilik yang peka kepada kation. Hasil kajian menunjukkan penggunaan poli(hidroksi etil metakrilat) terhidrat dengan larutan garam untuk menggantikan larutan rujukan dalaman bagi elektrod pemilih ion konvensional yang bukan berbentuk keadaan-pepejal adalah penting demi menghasilkan sensor berbentuk keadaan pepejal yang bersifat normal. Ciri sensor ion yang masih bersifat hampir Nernstian walaupun telah mengalami beberapa proses fabrikasi sistem fotopolimer menunjukkan bahawa sensor keadaan-pepejal ini boleh juga digunakan dalam rekabentuk biosensor potentiometrik selain daripada sensor ion.