Mod fonon dan gandingan elektron-fonon untuk kesuperkonduksian dalam kuprat dua dimensi

Pemalar gandingan elektron-fonon dalam superkonduktor suhu tinggi berasaskan kuprum oksida telah diukur melalui Kaedah akustik. Hubungan terus antara pemalar gandingan elektron-fonon sistem dua dimensi senario van Hove, lvH dengan suhu genting telah dicerap. Suhu cirian Debye bagaimana pun tidak ber...

وصف كامل

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Roslan Abd Shukor
التنسيق: مقال
منشور في: Universiti Kebangsaan Malaysia 2005
الوصف
الملخص:Pemalar gandingan elektron-fonon dalam superkonduktor suhu tinggi berasaskan kuprum oksida telah diukur melalui Kaedah akustik. Hubungan terus antara pemalar gandingan elektron-fonon sistem dua dimensi senario van Hove, lvH dengan suhu genting telah dicerap. Suhu cirian Debye bagaimana pun tidak berkorelasi dengan suhu genting. Keputusan ini menunjukkanfrekuensi Debye dan gandingan elektron-fonon dalam sistem dua dimensi saling mempengaruhi dan mempunyai kesan dalam menentukan suhu genting. Pemalar gandingan van Hove adalah dalam julat lvH = 0.025 – 0.060 konsisten dengan pembentukan pasangan Cooper oleh interaksi elektronfonon bagi mod pernafasan oksigen tak diagonal dalam satah Cu02.