Pengaruh Siam dan Buddha terhadap sistem kepercayaan tradisional orang Melayu Kelantan
Masyarakat minoriti Siam, institusi biara dan bikhu banyak mempengaruhi aspek tertentu sistem kepercayaan masyarakat Melayu Kelantan. Beberapa elemen Buddha dan Siam diterimapakai oleh orang Melayu, terutama sekali dalam amalan magis gelap (black magic), termasuk ilmu guna-guna, ubat pengarih, ubat...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
1996
|
Summary: | Masyarakat minoriti Siam, institusi biara dan bikhu banyak mempengaruhi aspek tertentu sistem kepercayaan masyarakat Melayu Kelantan. Beberapa elemen Buddha dan Siam diterimapakai oleh orang Melayu, terutama sekali dalam amalan magis gelap (black magic), termasuk ilmu guna-guna, ubat pengarih, ubat pembenci dan kaedah menilik nasib. Selain itu orang Melayu mendapatkan bantuan perubatan tradisional daripada bikhu, terutama sekali bagi mengendalikan penyakit yang berpunca daripada perbuatan jahat oleh orang lain. Kertas ini melihat dari sudut antropologi kedudukan dua golongan utama pengamal magis murni; kedua, golongan bukan-bikhu sebagai pengamal magis gelap. Kedua-dua golongan ini mendapat tempat dalam sistem kepercayaan Melayu kerana keterbukaan mereka dalam memberikan perkhidmatan perbomohan kepada orang Melayu tempatan. |
---|