Relativisme koseptual dalam wacana sains sosial
Kesedaran tentang kewujudan kepelbagaian sosial telah membawa kepada kemunculan doktrin relativisme budaya. Doktrin ini menduduki tempat yang penting dalam wacana sains sosial masa kini. Walau bagaimanapun, nota penyelidikan ini cuba membahas serta mempersoalkan prinsip asas doktrin ini tentang inco...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
1999
|
Summary: | Kesedaran tentang kewujudan kepelbagaian sosial telah membawa kepada kemunculan doktrin relativisme budaya. Doktrin ini menduduki tempat yang penting dalam wacana sains sosial masa kini. Walau bagaimanapun, nota penyelidikan ini cuba membahas serta mempersoalkan prinsip asas doktrin ini tentang incommensurability atau ketidakbolehbandingan antara budaya. Salah satu bentuk relativisme budaya iaitu relativisme konseptual dibincangkan secara khusus untuk memperlihatkan bahawa budaya masyarakat manusia sebenarnya boleh dan memerlukan perbandingan, penilaian dan komunikasi antara mereka. |
---|