Tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah (Level of readiness in using ICT for teaching and its effect on the work and behaviour of preschool pupils)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan penggunaan (ICT) dalam pengajaran guru dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku dalam kalangan murid prasekolah. Kajian berbentuk tinjauan ini akan memperlihat tahap kesediaan penggunaan ICT serta pencapaian hasil kerja dan tingk...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sharifah Nor Puteh, Kamarul Azman Abd Salam
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4364/1/JP36%281%29%2520Chap%25203new.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan penggunaan (ICT) dalam pengajaran guru dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku dalam kalangan murid prasekolah. Kajian berbentuk tinjauan ini akan memperlihat tahap kesediaan penggunaan ICT serta pencapaian hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah melalui penggunaan ICT dan tanpa ICT. Sebanyak empat buah kelas prasekolah di daerah Gombak, Selangor telah dipilih sebagai lokasi kajian dan melibatkan seramai 100 responden yang terdiri daripada murid-murid prasekolah dan 30 orang guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru berada pada tahap sederhana (66.2%) dan kemudahan fizikal juga pada tahap sederhana (65.5%). Kesesuaian bahan didapati pada tahap tinggi (77.5%). Hasil kajian menunjukkan bahawa guru bersedia untuk melaksanakan pengajaran dengan menggunakan pendekatan ICT dan terdapatnya hubungan yang kuat antara hasil kerja dan tingkah laku terhadap responden. Hasil daripada analisis korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sangat kuat daripada kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian daripada ujian MANOVA pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara hasil kerja dan tingkah laku berdasarkan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru prasekolah