Tahap kelestarian pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia ke arah kampus lestari

Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) telah melancarkan program UKM lestari serta piagam UKM lestari yang merakamkan iltizam dan prinsip untuk menjadikan universiti ini sebuah lestari menjelang 2020. Sehubungan dengan itu , satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk menganalisis tahap pengetahuan ,...

Volledige beschrijving

Bibliografische gegevens
Hoofdauteurs: Norfadillah Derahim, Halimaton Saadiah Hashim, Noraziah Ali
Formaat: Artikel
Taal:English
Gepubliceerd in: Pusat Perkembangan Pelajar ,U.K.M 2011
Online toegang:http://journalarticle.ukm.my/4504/1/1-Norfadillah_Derahim_et_al.pdf
Omschrijving
Samenvatting:Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) telah melancarkan program UKM lestari serta piagam UKM lestari yang merakamkan iltizam dan prinsip untuk menjadikan universiti ini sebuah lestari menjelang 2020. Sehubungan dengan itu , satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk menganalisis tahap pengetahuan , kesedaran dan peranan kelestarian dikalangan pelajar UKM untuk dijadikan asas kepada cadangan dan program kampus lestari. Data diperolehi melalui kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Responden kajian adalah seramai 2275 orang pelajar dan pemilihan dibuat berdasarkan kaedah persampelan rawak bersrata dari gugusan akademik di kampus induk UKM di Bangi. Hasil Kajian mendapati jurang dan kelemahan tahap pengetahuan, kesedaran dan peranan pelajar dikenal pasti, merupakan cabaran utama kepada pihak pentadbiran UKM kearah mewujudkan kampus lestari. UKM perlu merangka dan melaksanakan program pembinaan keupayaan kelestarian pelajar dengan lebih teratur dan berterusan untuk membangunkan sebuah kampus lestari menjelang 2020.