Kata soal dalam dialek Kedah

Salah satu elemen yang menarik dalam dialek ialah kehadiran kata soal yang mengubah ayat penyata menjadi ayat soal. Oleh yang demikian, kertas kerja ini membincangkan kata soal dialek Kedah. Data yang dibahaskan diperoleh melalui kajian lapangan di negeri Kedah yang diwakili oleh sebuah kampung d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nurulafiqah Suhaimi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4923/1/pp%2520475_493.pdf
Description
Summary:Salah satu elemen yang menarik dalam dialek ialah kehadiran kata soal yang mengubah ayat penyata menjadi ayat soal. Oleh yang demikian, kertas kerja ini membincangkan kata soal dialek Kedah. Data yang dibahaskan diperoleh melalui kajian lapangan di negeri Kedah yang diwakili oleh sebuah kampung di setiap penjuru timur, barat, utara dan selatan negeri Kedah. Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa kata soal dalam dialek Kedah adalah unik dan bervariasi. Penutur natif dialek ini mempunyai beberapa leksikal lain dalam mengujarkan kata soal. Kajian ini mendapati bahawa kata soal yang digunakan juga mempunyai kedudukan yang tidak tetap; iaitu sama ada di awal atau di akhir ayat. Justeru, kertas kerja ini menyarankan bahawa wujudnya fitur [± in-situ] sebagai fitur asas bagi setiap kata soal itu untuk menjelaskan fenomena dua kedudukan kata soal yang berbeza dalam dialek Kedah. Fitur asas [± insitu] pula bercambah untuk membentuk fitur iaitu [+ in-situ], [- in-situ] atau [± in-situ] yang dapat menjelaskan sifat kata soal dialek Kedah dengan lebih tepat. Penemuan ini diharap dapat membantu para pendidik untuk memahami sifat kata soal yang berbeza dalam nahu deskriptif daripada nahu preskriptif.