Perekayasaan histogram orientasi kecerunan mengesan erotan dan pencongan manuskrip Merong Mahawangsa

Pengecaman Teks Optik (PTO) adalah popular dan telah diperkembangkan kepada teks jawi. Pengkajian ditumpukan kepada penentuan sudut erotan dan pencongan pada teks jawi. Terdapat pelbagai kaedah dalam menentukan sudut erotan dan pencongan teks jawi di antaranya Kuasa Dua Terkecil (KDT) dan Histogram...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sanusi Bin Azmi, Khairuddin Omar, Azizi Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2005
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5006/1/01-_siti_rohaidah.pdf
Description
Summary:Pengecaman Teks Optik (PTO) adalah popular dan telah diperkembangkan kepada teks jawi. Pengkajian ditumpukan kepada penentuan sudut erotan dan pencongan pada teks jawi. Terdapat pelbagai kaedah dalam menentukan sudut erotan dan pencongan teks jawi di antaranya Kuasa Dua Terkecil (KDT) dan Histogram Orientasi Cerunan (HOC). Kaedah yang direkayasa ialah HOC dipelopori oleh Sun dan Si untuk mengesan erotan dan pencongan tulisan rumi. Teknik ini turut popular di kalangan penyelidik-penyelidik tulisan Jawi untuk mengesan erotan dan pencongan tulisan tangan Jawi. Walau bagaimanapun, kecekapan pengesanan sudut ini perlu diselidiki dan diperbaiki dengan algoritma rekayasa agar sesuai dengan kecekapan dan ketepatan sudut pengesanan. Perekayasaan algoritma HOC sedia ada mungkin dapat menyumbangkan kepada ketepatan dalam mengesan erotan dan pencongan tulisan Jawi. Pengujian dilaksanakan untuk membandingkan HOC asal dan yang direkayasa serta algoritma KDT.