Kajian kes inses bapa-anak perempuan: memahami pengalaman dari perspektif mangsa

Artikel ini merupakan satu kajian kes ke atas seorang wanita yang menjadi mangsa inses bapa-anak perempuan. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mendapat pemahaman lebih mendalam daripada perspektif mangsa berhubung pengalaman inses yang dialami oleh mangsa. Antara isu yang diterokai termasuklah inte...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Salina Nen, Fauziah Ibrahim, Suzana Mohd Hoesni, Zaizul Abdul Rahman
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5019/1/salina012.pdf
Description
Summary:Artikel ini merupakan satu kajian kes ke atas seorang wanita yang menjadi mangsa inses bapa-anak perempuan. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mendapat pemahaman lebih mendalam daripada perspektif mangsa berhubung pengalaman inses yang dialami oleh mangsa. Antara isu yang diterokai termasuklah interpretasi tentang penderaan seksual dialami, strategi daya tindak, kesejahteraan psikologikal, persepsi terhadap pelaku dan niat pendedahan. Metod kajian ini ialah kualitatif di mana kaedah temubual separa berstruktur digunakan untuk mendapatkan data dan analisis kualitatif digunakan untuk membentuk tema-tema dari temubual yang diperolehi. Hasil kajian menunjukkan responden melaporkan perasaan keliru, rasa bersalah, takut, menyalahkan diri sendiri dan rasa terperangkap dengan apa yang dialami. Daripada aspek daya tindak, responden banyak bergantung kepada sumber dalaman sebagai strategi daya tindak seperti suppression, minimization dan kerohanian dalam menangani tekanan psikologi yang dialami.Implikasi kajian ke atas pencegahan dan intervensi turut dibincangkan.