Penindasan terpilih gen-gen staphylococcus aureus rintang metisilin yang dirawat dengan ekstrak metanol melastoma malabathricum

Ekstrak metanol daun Melastoma malabathricum merencat pertumbuhan Staphylococcus aureus ATCC 25923 dan enam pencilan klinik Staphylococcus aureus rintang metisilin (MRSA 1-6). Nilai kepekatan terendah perencatan bakteria (MIC) adalah 1.565mg/ml dan nilai terendah bakterisid (MBC) adalah 3.125mg/ml....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zulaikah Mohamed, Nazlina Ibrahim, Ismail Bin Ahmad
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2008
Description
Summary:Ekstrak metanol daun Melastoma malabathricum merencat pertumbuhan Staphylococcus aureus ATCC 25923 dan enam pencilan klinik Staphylococcus aureus rintang metisilin (MRSA 1-6). Nilai kepekatan terendah perencatan bakteria (MIC) adalah 1.565mg/ml dan nilai terendah bakterisid (MBC) adalah 3.125mg/ml. Ekstrak metanol daun M. malabathricum didapati merencat sistesis RNA MRSA4 pada kepekatan ekstrak 10mg/ml dengan mempamerkan profil RNA yang kehilangan tiga jalur berbanding kawalan. Analisis tindak balas transkriptase balik-berantai polimerase (RT-PCR) dengan tujuh pasang pencetus hanya berjaya menghasilkan empat amplikon cDNA. Kegagalan menghasilkan amplikon cDNA terhadap tiga pasang pencetus bagi gen-gen gyrA, femA dan nuc merujuk kepada kemungkinan berlakunya penindasan mRNA. Pemisahan protein endogen dan eksogen bakteria secara elektroforesis menunjukkan terdapatnya masing-masing tiga dan lima jalur protein yang ditindas dalam MRSA yang dirawat berbanding kawalan yang tidak dirawat. Manakala terdapat satu protein endogen dan tiga protein eksogen yang telah diekspres secara berlebihan. Hasil analisis molekul dan proteom adalah selaras, dan berdasarkan pencetus yang digunakan, ekstrak metanol daun M. malabathricum berkemungkinan merencat pertumbuhan MRSA melalui penindasan sintesis DNA, penghasilan peptidoglikan dan penghasilan nuklease.