Konstruk personel pelajar dalam penulisan kertas projek cadangan penyelidikan

Kebanyakan program akademik di peringkat Sarjana Muda memerlukan para pelajar menulis kertas projek sebagai sebahagian daripada keperluan untuk mendapatkan segulung ijazah. Bagi memenuhi keperluan ini, para pelajar dikehendaki menulis satu kertas projek di antara 12,000 ke 100,000 patah perkataan be...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Bahiyah Dato’ Abdul Hamid, Fuzirah Hashim, Siti Hamin Stapa, Jamilah Mustafa
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5275/1/2%2520AJTLHE%252084%2520%2560.pdf
Description
Summary:Kebanyakan program akademik di peringkat Sarjana Muda memerlukan para pelajar menulis kertas projek sebagai sebahagian daripada keperluan untuk mendapatkan segulung ijazah. Bagi memenuhi keperluan ini, para pelajar dikehendaki menulis satu kertas projek di antara 12,000 ke 100,000 patah perkataan bergantung kepada tahap keperluan ijazah dan keperluan setiap institusi pengajian. Kajian ini adalah berasaskan kajian konstruk penulisan akademik pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Para pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada mereka yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi tempatan di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, sama ada pelajar yang telah didedahkan kepada metodologi kajian dan kursus penulisan akademik telah menggunakan konstruk personal sendiri atau konstruk tutor mereka dalam penulisan mereka. Teori konstruk personal telah diaplikasikan dalam kajian ini, menggunakan Grid Repertori dan temu bual bersama responden untuk mencari jawapan kepada persoalan yang dibincangkan.