Perkaitan amalan spiritual dengan pencapaian akademik pelajar

Antara faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian akademik seseorang pelajar ialah faktor sosioekonomi, tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, motivasi diri, gaya pengajaran guru dan juga gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Walau bagaimanapun, amalan kerohanian turut dilihat sebagai fakto...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Salasiah Hanin Hamjah, Ermy Azziaty Rozali, Rosmawati Mohamad Rasit, Zainab Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5277/1/4%2520AJTLHE%252093%2520.pdf
Description
Summary:Antara faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian akademik seseorang pelajar ialah faktor sosioekonomi, tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, motivasi diri, gaya pengajaran guru dan juga gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Walau bagaimanapun, amalan kerohanian turut dilihat sebagai faktor pemangkin yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar lebih-lebih dalam kalangan pelajar Islam. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengkaji bentuk amalan kerohanian yang dipraktikkan dalam kehidupan pelajar di Fakulti Pengajian Islam (FPI). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap pencapaian akademik antara jantina serta mengkaji perkaitan antara amalan kerohanian dengan pencapaian akademik pelajar. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Kaedah pemilihan sampel dilakukan secara persampelan rawak sistematik (N=291). Data dikumpul melalui instrumen soal selidik dan dianalisis secara statistikal deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa jenis amalan kerohanian harian dan amalan kerohanian berkaitan pembelajaran dilakukan oleh pelajar FPI. Terdapat perkaitan yang signifikan antara amalan kerohanian dengan pencapaian akademik pelajar (r=0.262; p < 0.01).