Summary: | Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dan Pendekatan Islam Hadhari merupakan
agenda kerajaan yang dicetuskan bagi meningkatkan pemahaman dan penghayatan
umat Islam di Malaysia khasnya di kalangan masyarakat Melayu. Meskipun
kedua agenda itu terhasil dari idea kerajaan, namun dari segi kesan dan
hasil program berkenaan menyerlahkan dimensi yang berlainan. Hal ini dapat
dilihat dari kaji selidik terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam,
bagi mengetahui persepsi dan pandangan mereka terhadap kedua agenda
berkenaan. Secara keseluruhan, wujud beberapa perbezaan jawaban dalam
menilai Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Pendekatan Islam Hadhari di kalangan
mereka. Dalam memberikan pandangan terhadap pelaksanaan penerapan nilainilai
Islam, golongan NGO cenderung menunjukkan respon positif terutama yang
berkaitan dengan agenda mempertingkatkan kefahaman Islam, menyemai nilainilai
Islam yang murni dalam masyarakat berbilang kaum dan menggalakkan
pendidikan Islam. Sebaliknya, kalangan NGO ini memberikan respons yang
negatif terhadap pelaksanaan Islam Hadhari disebabkan pemerintah tidak
menunjukkan penghayatan Islam dan contoh yang baik. Selain itu, pelaksanaan
Islam Hadhari dianggap lemah kerana tiada gagasan yang konkrit.
|