Summary: | Kualiti hidup masyarakat Orang Asli dikatakan masih berada pada tahap yang rendah. Ukuran yang sering digunakan
oleh para penyelidik untuk menggambarkan kualiti hidup Orang Asli ialah dari aspek kemudahan asas seperti bekalan
air, elektrik dan jalan raya. Walaupun ukuran ini boleh digunakan, tetapi adalah lebih baik sekiranya kualiti hidup
Orang Asli dilihat melalui pendekatan yang lebih holistik. Justeru, dicadangkan sebuah indeks yang dikenali sebagai
Indeks Kualiti Hidup Orang Asli Berwajaran (IKHOAw) sebagai ukuran kepada kualiti hidup masyarakat Orang Asli di
Malaysia. Indeks yang dibina ini adalah merupakan sebuah indeks komposit yang merangkumi lapan sub indeks yang
mewakili aspek-aspek kualiti hidup secara tersendiri. Pengukuran kualiti hidup melalui IKHOAw ini adalah lebih diyakini
kerana pengukuran kualiti hidup Orang Asli tidak lagi dilihat secara berasingan tetapi merangkumi pelbagai aspek
kehidupan mereka. Keputusan kajian mendapati kualiti hidup Orang Asli secara keseluruhannya adalah memuaskan
kecuali dari aspek kemudahan bekalan air, elektrik, rumah dan pemilikan kenderaan berenjin.
|