Summary: | Industri pelancongan bergantung kepada alam sekitar sebagai sumber yang tidak ternilai. Dalam perkembangan
dan pembangunan sektor pelancongan di Malaysia, peningkatan jumlah pelancong telah meningkatkan
permintaan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan seperti pengangkutan, penginapan, pemakanan,
rekreasi, tandas / persalinan dan sebagainya. Kesemuanya telah membawa perubahan persekitaran yang
adakalanya menjejaskan ekosistem kawasan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti saling hubungan industri
pelancongan dan persekitaran di Port Dickson. Didapati faktor fizikal, pengurusan oleh MPPD, peniaga /
pengusaha dan pelancong sebagai pengguna bertanggung jawab ke atas kualiti pantai Port Dickson. Implikasi
tekanan penduduk, sifat pengotor pengujung, peniaga / pengusaha yang mengutamakan keuntungan,
kelemahan perancangan dan penguatkuasaan penjagaan alam sekitar mungkin memudaratkan ekosistem pantai
jika langkah sesuai tidak diambil. Dalam konteks saling hubungan tersebut produk bernilai yang dinikmati oleh
para pelancong seharusnya tidak terjejas bagi memastikan Port Dickson kekal sebagai destinasi pelancongan
mapan untuk jangka panjang.
|