Summary: | Kajian ini menganalisis pengaruh spesifikasi bank, perubahan dasar kewangan dan persekitaran ekonomi ke atas kelakuan
bank Islam dalam menawarkan pembiayaan. Perubahan yang berlaku dalam petunjuk di atas lazimnya akan mendorong
bank membuat pertimbangan berhubung jumlah pembiayaan yang ditawarkan dengan objektif memaksimumkan
keuntungan dan pada masa sama meminimumkan kemungkiran. Kajian ini mengguna pakai kaedah anggaran data
panel untuk tempoh 1994-2010 bagi 17 bank Islam di Malaysia. Kajian ini mendapati bahawa corak dan kelakuan
bank Islam dalam menawarkan pembiayaan dipengaruhi oleh faktor spesifikasi bank seperti tingkat pembiayaan masa
lalu, pendedahan kepada risiko, tingkat saiz dan struktur permodalan. Manakala bagi faktor dasar kewangan pula,
kelakuan pembiayaan bank Islam dipengaruhi oleh pelaburan dalam pasaran wang dan sekuriti kerajaan Malaysia.
Bagi faktor persekitaran ekonomi, kajian tidak menunjukkan hubungan signifikan dengan kelakuan pembiayaan oleh
bank Islam di Malaysia.
|