Summary: | Proses pembangunan pusat membeli-belah di Lembah Klang telah bermula sejak awal tahun 1960-an. Namun,
sehingga penghujung tahun 1970-an, pola perletakan pusat ini hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur sahaja. Kepadatan penduduk Kuala Lumpur telah menjadi salah satu faktor penting yang
mempengaruhi penumpuan tersebut. Menggunakan data sekunder dan data primer yang diperoleh secara
pemerhatian dan kiraan luar, artikel ini bertujuan untuk membincangkan corak taburan pusat membeli-belah di
Lembah Klang. Sejak tahun 1980-an, penduduk wilayah di luar Kuala Lumpur mulai meningkat dengan
mendadak ekoran proses pembandaran yang pesat. Keadaan ini telah mempengaruhi, seterusnya mengubah pola
perletakan pusat membeli-belah di Lembah Klang, iaitu daripada bertumpu di dalam kawasan bandar raya
Kuala Lumpur kepada perletakan berselerak di sekitar pusat-pusat pertumbuhan baru di luar bandar raya
berkenaan, selaras dengan pola taburan penduduknya.
|