Inverse correlation between P53 and Bcl-2 expression in breast carcinoma of Malaysian patients

Gen penindas p53 dan proto-onkogen Bcl-2 mengkodkan fosfoprotin nuklear dan protin membran mitokondria yang terlibat dalam pelbagai fungsi sel. Kedua-dua protin mempunyai hubung kait dengan tapak jalan kematian sel berprogram disamping memberi informasi prognostik karsinoma payudara. Objektif kajian...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mdzin, R, Lau, TY, Rohaizak, M, Sharifah, NA
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6059/1/04-MS142_%2832-40%29.pdf
Description
Summary:Gen penindas p53 dan proto-onkogen Bcl-2 mengkodkan fosfoprotin nuklear dan protin membran mitokondria yang terlibat dalam pelbagai fungsi sel. Kedua-dua protin mempunyai hubung kait dengan tapak jalan kematian sel berprogram disamping memberi informasi prognostik karsinoma payudara. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kaitan onko-protin p53 dan Bcl-2 pada karsinoma payudara dan hubungannya dengan umur pesakit, saiz tumor, peringkat kanser dan gred histologi. Lima puluh sembilan kes kanser payudara dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah dikaji menggunakan teknik imunohistokimia. Keputusan menunjukkan 45.8% (27/59) kanser payudara adalah imunopositif untuk p53 dan 40.7% (24/59) adalah imunopositif untuk Bcl-2. Terdapat korelasi signifikan di antara ekspresi Bcl-2 dengan peringkat awal kanser (p=0.01). Variabel lain tidak menunjukkan kaitan signifikan. Kaitan songsang didapati di antara p53 dan Bcl-2 (p=0.001). Hasil keputusan mencadangkan regulasi menurun Bcl-2 oleh p53 dalam karsinogenesis kanser payudara.