Islam dan pembentukan jati diri bangsa Melayu

Islam terdiri daripada tiga perkara asas, iaitu akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga asas ini telah melatari sejarah dan perkembangan Islam khususnya dalam pembentukan nilai-nilai murni dalam tingkah laku umat Islam. Ia juga telah mencorak seluruh kehidupan umat Islam dan memberi sumbangan yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Munawar Ismail, Zakaria Stapa, Siti Aishah Suhaimi
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6103/1/JD005862_143-154.pdf
Description
Summary:Islam terdiri daripada tiga perkara asas, iaitu akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga asas ini telah melatari sejarah dan perkembangan Islam khususnya dalam pembentukan nilai-nilai murni dalam tingkah laku umat Islam. Ia juga telah mencorak seluruh kehidupan umat Islam dan memberi sumbangan yang sangat signifikan terhadap perkembangan tamadun manusia secara keseluruhan. Di Malaysia, asas-asas yang menjadi tunggak ajaran Islam itu berjalan serentak dengan pembentukan budaya dan cara hidup masyarakat Melayu. Hubungan ini diakui oleh pengkaji-pengkaji sosial yang mengkaji amalan dan nilai-nilai dalam cara hidup masyarakat Melayu. Artikel ini akan membahaskan hubungan Islam dengan pembentukan jati diri bangsa Melayu melalui pendekatan naratif hasil analisa daripada dokumen-dokumen sejarah dan dapatan-dapatan penyelidikan semasa. Hasil dapatan kajian menunjukkan, wujud hubungan yang signifikan antara Islam dan jati diri masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun nilai-nilai Islam yang wujud boleh terhakis kesan daripada cabaran-cabaran semasa sekiranya usaha-usaha memeliharanya tidak dilaksanakan secara konsisten dan bersungguh-sungguh.