Summary: | Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) terutamanya teknologi mudah alih membawa kepada pembangunan aplikasi dan perkhidmatan baharu. Penggunaan teknologi mudah alih menjadikan kerajaan mudah alih (m-kerajaan) satu komponen kerajaan elektronik (e-kerajaan) yang berkuasa, menyedia perkhidmatan yang lebih banyak dan lebih baik kepada rakyat. Justeru, kajian terhadap faktor yang mempengaruhi hasrat mengguna perkhidmatan m-kerajaan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah penting. Kajian ini mengintegrasi beberapa konstruk daripada Technology Acceptance Model (TAM), Theory of Reasoned Action (TRA), Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dan Trust Model bagi membangun sebuah model penerimaan perkhidmatan m-kerajaan. Satu set soal selidik berstruktur diguna bagi mengumpul data daripada 566 responden. Hasil kajian membukti model yang dicadang adalah komprehensif bagi mengkaji penerimaan perkhidmatan m-kerajaan.
|