Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor jantina, kaum dan etnik dan hubungan dengan kecerdasan emosi dan pencapaian akademik murid ketika belajar Bahasa Melayu. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian
dijalankan terhadap 400 orang murid tingkatan 4 di sepuluh buah sekolah terpilih bandar Miri, Sarawak. Soal selidik kecerdasan emosi menggunakan Iventori Kecerdasan Emosi Salovey dan Mayer mengandungi lima domain, iaitu mengenali
emosi sendiri, mengurus emosi sendiri, memotivasikan emosi
negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendali perhubungan digunakan. Data kajian dianalisis menggunakan pakej perisian statistik The Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0.Statistik inferensi ujian-t, Anova satu hala dan korelasi Pearson telah digunakan untuk menghurai dan menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa profil kecerdasan emosi murid yang tertinggi ialah kecerdasan emosi mengurus emosi sendiri. Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kecerdasan emosi antara jantina, kaum dan aliran pengajian murid. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara kecerdasan emosi murid dengan skor min pencapaian
murid dalam Bahasa Melayu. Implikasi kajian ialah guru Bahasa Melayu perlu mengambil kira aspek kepelbagaian kecerdasan emosi murid dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Bahasa Melayu. Tahap
kecerdasan emosi yang tinggi dapat membantu murid mencapai kejayaan dalam pencapaian akademik Bahasa Melayu.
|