Summary: | Perkembangan sistem maklumat geografi (GIS) mutakhir ini, secara tidak langsung telah meningkatkan
penggunaan teknik tersebut dalam proses pilihan raya. Aplikasi ini berupaya mengesan, misalnya elemen
kejanggalan dalam bentuk gerimander dalam proses persempadanan semula konstituensi. Artikel ini bertujuan
untuk mengenal pasti sama ada gerimander berlaku atau tidak di Malaysia dengan rujukan khas kepada negeri
Kedah. Analisis geospatial dalam sistem maklumat geografi telah digunakan untuk mengukur indeks kepadatan
DUN yang dikaitkan dengan kesan gerimander. Hasil kajian menunjukkan 16 DUN di Kedah telah berlaku
gerimander dengan bacaan indeks kepadatan yang rendah, iaitu antara 0.1 sehingga 0.5. Ini membuktikan
bahawa telah berlaku gerimander dalam proses pilihan raya di Malaysia. Gerimander boleh memberi impak
negatif dalam proses pilihan raya negara. Oleh sebab itu, dalam proses persempadanan semula kesan gerimander
wajar diambil kira oleh pihak yang bertanggungjawab terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya supaya perjalanan
pilihan raya lebih telus dan demokratik.
|