Summary: | Artikel ini memeriksa bagaimana dasar pengangkutan dapat mempengaruhi tingkah laku perjalanan bagi
penggunaan pengangkutan mampan dan kesediaan penduduk bandar untuk mengurangkan penggunaan kereta. Kaji
selidik dijalankan di sekitar Shah Alam, Selangor dan sebanyak 384 pengguna jalan raya yang mewakili 36 seksyen
telah dipilih secara rawak berkadar sebagai sampel kajian. Hasil kajian mendapati, majoriti responden menyatakan
bahawa kenaikan harga petrol dan tol menjadi faktor utama untuk mengurangkan penggunaan kereta, dan
penyediaan lebih banyak pengangkutan awam akan menggalakkan mereka untuk bertukar menggunakan
pengangkutan awam. Keputusan ujian Khi-kuasa dua menunjukkan bahawa kesediaan responden untuk
menggunakan pengangkutan awam mempunyai hubungan yang signifikan dengan kekerapan memandu kereta.
Tahap kesediaan untuk menggunakan pengangkutan awam adalah lebih rendah apabila pengguna lebih kerap
menggunakan kereta. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa majoriti daripada pengguna tidak bersedia untuk
mempertimbangkan penggunaan basikal dan berjalan kaki sebagai alternatif kepada memandu kereta.
|