Summary: | Pendekatan menang-menang perlu ada dalam membangunkan sumber baharu, khususnya bekas tapak
pelupusan,bagi penyediaan ruang bandar yang memenuhi piawaian perancangan. Bekas tapak pelupusan memang
berpotensi untuk menjadi alternatif terbaik bagi menyediakan kawasan lapang bandar di Malaysia. Menggunakan
maklumat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, artikel ini mengulas pendekatan membangunkan
semula bekas tapak pelupusan sebagai usaha alternatif bagi memenuhi kecukupan penyediaan kawasan lapang
dalam konteks perancangan pembangunan bandar mampan di Malaysia. Dasar Perbandaran Negara, melalui Pelan
Tindakan DPN6 dan DPN9 menegaskan tentang keperluan membangunkan bekas tapak pelupusan yang dari segi
potensinya sesuai untuk dijadikan taman awam, sementara penyediaan taman awam pula perlu memenuhi keperluan
piawaian perancangan. Oleh itu, strategi menang-menang wajar digunakan untuk membangunkan semula tapak
pelupusan dan keperluan pembangunan taman awambandar di neagra ini.Menggunakan langkahmembangunkan
taman awam di atas bekas tapak pelupusan merupakan suatu pendekatan yang disatukan bagi tujuan mencapai
matlamat pembangunan bandar mampan di Malaysia. Menggunakan pendekatan ini menjelang 2020 sebanyak 179
tapak pelupusan dengan keluasan 450 hektar dapat dibangunkan sebagai kawasan lapang dalam pelbagai bentuk
kemudahan awam bandar.
|