Kualiti pelaporan maklumat syarikat-syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur
Kajian ini meneliti kualiti pelaporan maklumat dalam laporan tahunan syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Objekrif kajian adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri syarikat yang mempunyai hubungan dengan kualiti pelaporan maklumat. Kajian ini mengemukakan hipotesis bahawa kualiti...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2003
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8056/1/1312-2532-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini meneliti kualiti pelaporan maklumat dalam laporan tahunan syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Objekrif kajian adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri syarikat yang mempunyai hubungan dengan kualiti pelaporan maklumat. Kajian ini mengemukakan hipotesis bahawa kualiti pelaporan maklumat mempunyai hubungan dengan struktur pemilikan, leveraj, keberuntungan dan jenis firma yang mengaudit syarikat. Teori agensi digunakan untuk menerangkan hubungan tersebut. Dalam kajian ini kualiti pelaporan ditentukan berlandaskan kriteria pelaporan yang baik oleh National Annual Corporate Report Award (NACRA). Hasil analisis regresi logistik mendapati dua ciri utama syarikat mempunyai hubungan yang signifikan dengan kualiti pelaporan maklumat iaitu leveraj dan keberuntungan. Penemuan ini menunjukkan bahawa pengurusan syarikat melaporkan maklumat dengan baik untuk menjaga pemiutang dan pelabur sebagai pihak utama yang berkepentingan dalam syarikat. Implikasi hasil kajian ini dan arah tuju penyelidikan masa hadapan turut dibincangkan. |
---|