Summary: | Pemerintahan Thailand telah melalui empat zaman, iaitu bermula dengan zaman Sukhothai, Ayuthaya, Kerung Thon
Burhi dan Krung Ratana Kosin. Undang-undang keluarga Islam dilaksanakan bermula sejak zaman Sukhothai dengan
cara tidak rasmi sehingga pada zaman Krung Ratana Kosin. Kerajaan zaman Pra Chullachom Kelau Chau Yuhua telah
menggubal sebuah undang-undang keluarga Islam dan dapat dilaksanakan secara rasmi pada tahun 1945. Semenjak
itu, penggunaan undang-undang keluarga Islam dapat dilaksanakan di empat wilayah Selatan Thai iaitu Patani, Yala,
Naratiwat, dan Satul. Undang-undang ini dinamakan dengan “Lak Kodmai Islam Waduaiu Krobkrua Law Morodok”
(Kaedah Undang-Undang Islam: Keluarga dan Pusaka). Kemudian pihak kerajaan melantik seorang hakim Islam yang
dikenali sebagai Datok Yutitam bagi menyelesikan masalah kekeluargaan yang timbul dalam masyarakat.
|