Dimensi hafazan dan rasional dalam kursus wajib Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

Gabungan pintar antara keupayaan berfikir dan hafazan merupakan aspek penting di dalam pengajian Islam untuk membina sebuah tamadun yang hebat seperti zaman kegemilangan Islam. Beberapa pengkaji berpandangan bahawa gabungan kedua elemen ini dilihat tidak mendapat tempat yang penting dalam pengajian...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Ahsani Fadhilah Wan Mahmud Khairi, Muhammad Faisal Asha'ari
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8199/1/83-377-2-PB.pdf
Description
Summary:Gabungan pintar antara keupayaan berfikir dan hafazan merupakan aspek penting di dalam pengajian Islam untuk membina sebuah tamadun yang hebat seperti zaman kegemilangan Islam. Beberapa pengkaji berpandangan bahawa gabungan kedua elemen ini dilihat tidak mendapat tempat yang penting dalam pengajian Islam yang akhirnya menyumbang kepada kemerosotan itu. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis dimensi rasional dan hafazan dalam kursus-kursus wajib di Fakulti Pengajian Islam, UKM berdasarkan kepada persepsi pelajar. Kajian juga menganalisis hubungan antara persepsi pelajar terhadap kursus-kursus wajib fakulti dengan keputusan PNGK berdasarkan kepada aspek bahasa, isi pengajaran dan cara pengajaran. Kajian ini menggunakan metode kuantitatif menerusi instrumen soal selidik. Sebanyak 127 sampel diambil daripada responden yang terdiri dari pelajar tahun akhir lima buah jabatan di Fakulti Pengajian Islam. Hasil kajian mendapati kursus-kursus wajib fakulti mengandungi kedua-dua elemen hafazan dan rasional, namun majoriti kursus berkenaan berada pada aras yang rendah.