Hubungan di antara pelaksanaan 5S dan prestasi hijau syarikat pembuatan PKS di Malaysia: satu model konsep

Disebabkan agenda pelestarian global, faktor alam sekitar kini semakin menjadi keutamaan dalam pelaksanaan amalan pengurusan dan strategi keberdayasaingan. Beberapa sistem pengurusan seperti ISO 9001 dan ISO 14001 mampu meningkatkan prestasi syarikat ke arah mencapai keberdayasaingan pasaran. Namu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rahim Jamian, Mohd Nizam Ab Rahman, Baba Md Deros, Mohd Zuhdi Ibrahim, Nik Zainuddin Nik Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Kejuruteraan ,UKM,Bangi. 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8519/1/342-467-2-PB.pdf
Description
Summary:Disebabkan agenda pelestarian global, faktor alam sekitar kini semakin menjadi keutamaan dalam pelaksanaan amalan pengurusan dan strategi keberdayasaingan. Beberapa sistem pengurusan seperti ISO 9001 dan ISO 14001 mampu meningkatkan prestasi syarikat ke arah mencapai keberdayasaingan pasaran. Namun, bukan semua syarikat mampu melaksanakan amalan ini terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Di sebalik kepentingan sektor pembuatan PKS sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi dan pencemaran alam sekitar dunia, mereka mempunyai kekangan sumber dalam menangani isu alam sekitar. Sebagai alternatif, konsep pengurusan hijau yang memberi penekanan kepada penambahbaikan prestasi hijau, iaitu dalam aspek operasi dan alam sekitar telah diperkenalkan. Dalam konteks ini, amalan 5S merupakan pendekatan yang digunakan secara meluas untuk meningkatkan prestasi syarikat tanpa memerlukan kos pelaburan yang besar. Pelaksanaannya telah berkembang daripada berkonsepkan prestasi operasi kepada prestasi hijau. Namun, kejayaan pelaksanaan 5S bergantung kepada ciri-ciri dan faktor-faktor dalaman syarikat. Objektif utama kajian ini adalah untuk menyiasat sejauh mana konsep 5S digarap sebagai amalan pengurusan hijau di sektor pembuatan PKS Malaysia. Beberapa hipotesis dan model konsep hubungan pelaksanaan 5S dengan prestasi hijau turut dibina. Dalam model konsep yang dicadangkan, beberapa faktor merangkumi perancangan strategik, komitmen dan prosedur pelaksanaan dikenal pasti mampu mempengaruhi kejayaan pelaksanaan 5S untuk mencapai prestasi hijau.