Summary: | Urografi intravena (IVU) dan tomografi berkomputer helikal tanpa kontras (UHCT) urografi adalah dua prosedur utama
yang akan dijalankan semasa penyiasatan radiologi bagi pengesanan urolitiasis (batu karang) pada sistem genitourinari.
Dedahan terhadap sinaran radiasi merupakan faktor kebimbangan utama dalam kedua-dua prosedur. Oleh itu, satu
kajian perbandingan dos sinaran telah dijalankan antara prosedur IVU dan UHCT urografi di samping menentukan faktor
dedahan optimum bagi kedua-dua prosedur tersebut. Kajian ini telah dijalankan ke atas fantom antropomorfi k seluruh
tubuh mengikut protokol sebenar bagi prosedur UHCT urografi dan penghasilan radiografi bersiri berserta dengan
pemberian media berkontras bagi prosedur IVU. Sebanyak tiga parameter dedahan voltan tiub digunakan iaitu 75 kVp,
80 kVp dan 85 kVp bagi prosedur IVU dan 100 kVp, 120 kVp dan 140 kVp bagi prosedur UHCT urografi . Hasil dos sinaran
bagi prosedur IVU yang diperolehi adalah 1.40 mSv, 2.10 mSv dan 2.79 mSv bagi 75 kVp, 80 kVp dan 85 kVp. Manakala
bagi prosedur UHCT urografi , sebanyak 0.76 mSv, 1.32 mSv dan 1.82 mSv dos sinaran direkodkan bagi 100 kVp, 120
kVp dan 140 kVp. Hasil kualiti imej optimum adalah menggunakan dedahan sebanyak 85 kVp bagi prosedur IVU dan
120 kVp bagi prosedur UHCT urografi . Kesimpulannya, walaupun tidak terdapat perbezaan signifi kan, dos sinaran yang
terhasil daripada prosedur IVU adalah kekal lebih tinggi daripada prosedur UHCT urografi .
|