Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing berdasarkan kemahiran bahasa dan gred

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa Melayu yang digunakan oleh pelajar warganegara asing berdasarkan kemahiran bahasa dan gred Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir kursus Bahasa Melayu. Responden kajian terdiri daripada 500 orang pelajar warganegara asing yang se...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zamri Mahamod, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi, Jamaludin Badusah, Sharala a/p Subramaniam
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Perkembangan Pelajar ,UKM 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8620/1/New_Profile_1_20150519095244698.DOC
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa Melayu yang digunakan oleh pelajar warganegara asing berdasarkan kemahiran bahasa dan gred Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir kursus Bahasa Melayu. Responden kajian terdiri daripada 500 orang pelajar warganegara asing yang sedang menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Instrumen soal selidik telah digunakan dalam pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi pembelaj aran bahasa berdasarkan kemahiran bahasa dan gred banyak mempengaruhi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing. Pelajar warganegara asing yang memperoleh gred Bahasa Melayu yang cemerlang banyak menggunakan strategi pembelajaran bahasa, terutamanya dalam kemahiran bertutur dan membaca Bahasa Melayu. Implikasi kajian ialah kemahiran bahasa yang baik banyak mempengaruhi pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing.