Pusat Transformasi Bandar (UTC) sebagai Pusat Hentian Setempat: kajian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan UTC Kuala Lumpur

Pusat Transformasi Bandar (UTC) merupakan satu mekanisme yang menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung supaya mampu menyelesaikan urusan pelanggan dengan mudah. Kajian ini memeriksa tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan Pusat Transformasi Bandar (UTC) sebagai pusat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nadiah Hanani Abdul Jalil, Jalaluddin Abdul Malek, Er, Ah Choy
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8897/1/15ok.geografia-jan15-nadiah3-edam.pdf
Description
Summary:Pusat Transformasi Bandar (UTC) merupakan satu mekanisme yang menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung supaya mampu menyelesaikan urusan pelanggan dengan mudah. Kajian ini memeriksa tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan Pusat Transformasi Bandar (UTC) sebagai pusat hentian setempat dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi pelanggan semasa menggunakan perkhidmatan UTC. Kajian ini merupakan kajian rintis di UTC Kuala Lumpur yang melibatkan persampelan mudah 40 responden yang merupakan pelanggan yang keluar daripada pintu utama bangunan UTC Kuala Lumpur. Pengukuran kepuasan pelanggan dilakukan menerusi aspek perkhidmatan kaunter hadapan, perkhidmatan pelanggan dan kemudahan asas serta perkhidmatan sokongan. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya kepuasan pelanggan adalah di tahap baik meskipun terdapat sedikit masalah seperti gangguan ulat tiket, kekurangan kemudahan di sesetengah jabatan yang menjadi tumpuan dan kemudahan lif yang kurang diselenggara dengan baik.